Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Fungsi dan Peranan Jabatan

Fungsi utama jabatan ini adalah melaksanakan dan menyelaraskan pelaksanaan Akta Perancangan  Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di Negeri Pahang.

PLANMalaysia Pahang berperanan  memastikan perancangan pembangunan guna tanah di seluruh Negeri Pahang teratur dan mampan. dengan membentuk dasar dan strategi ‘forward planning’ serta menjalankan kawalan perancangan guna tanah berdasarkan akta-akta, dasar-dasr kerajaan, garis panduan dan piawaian bagi mewujudkan persekitaran kehidupan dan alam sekitar yang berkualiti dan lestari.

Bertindak sebagai agensi penasihat utama kepada Kerajaan Negeri tentang semua hal berkaitan perancangan bandar dan desa termasuk pemeliharaan , penggunaan dan pembangunan tanah;

Bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) yang ditubuhkan di bawah Akta 172;

Menasihati Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dasar dan kawalan perancangan tanah;

Menyediakan, memudahcara dan memantau pembangunan dalam negeri melalui pelaksanaan dan kawal selia rancangan-rancangan pembangunan;

Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa;

Menyedia dan menyelaras pangkalan data guna tanah negeri.

Fungsi Bahagian

Bahagian Kawalan Perancangan
Fungsi dan Peranan Bahagian Kawalan Perancangan
i. Menyediakan ulasan perancangan berkaitan permohonan:
a. Kebenaran Merancang;
b. Perancangan Tapak;
c. Tukar Syarat Tanah;
d. Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA);
e. Penilaian Impak Lalulintas (TIA);
f. Permohonan Rundingan dibawah seksyen 20A, Akta 172;
g. Projek Pelaburan Pembangunan;
h. Projek Pelaburan Pertanian; dan
i. Lain-lain ulasan perancangan kepada agensi kerajaan dan pihak swasta.
ii. Memberi khidmat nasihat perancangan kepada agensi kerajaan dan pihak swasta berkaitan:
a. Khidmat nasihat perundangan berkaitan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
b. Khidmat nasihat kawalan perancangan dan pembangunan berdasarkan rancangan pemajuan yang diwartakan; dan
c. Khidmat nasihat garis panduan perancangan dan piawaian perancangan di peringkat negeri dan persekutuan.
iii. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (Urusan Rundingan Seksyen 20A, Akta 172):
a. Projek-projek Kerajaan Persekutuan;
b. Projek-projek Kerajaan Negeri; dan
c. Projek-Projek Berkepentingan negara oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
iv. Menguruskan permohonan semakan maklumat perancangan:
a. Semakan maklumat guna tanah cadangan (zoning) rancangan pemajuan;
b. Semakan maklumat kelas kegunaan tanah yang dibenarkan di dalam rancangan pemajuan; dan
c. Semakan maklumat kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)
v. Menyediakan kertas kerja/alert paper berkaitan kaedah, garis panduan dan lain-lain mengikut keperluan;
vi. Mengadakan program dan sebaran berkaitan dengan kawalan perancangan terutamanya berkaitan dengan kebenaran merancang (KM).

Tarikh Kemaskini: 1 Januari 2025
Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas
OBJEKTIF
  • Memastikan Rancangan Struktur Negeri sebagai hala tuju strategik Perancangan Fizikal Negeri;
  • Memberi khidmat nasihat dan input dalam penyediaan Rancangan Tempatan (RT) Penggantian/ Rancangan Kawasan Khas (RKK)yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
  • Memberi khidmat nasihat dan menyelaras dan mengawalselia penyediaan Rancangan Tempatan Pengubahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
  • Menyediakan dan menyelaras kajian serta program perancangan bagi meningkat kualiti persekitaran kehidupan; dan
  • Memberi input bagi kajian-kajian perancangan di peringkat Nasional dan Negeri.
  • Menyelaras program Bandar Selamat dan MurniNet.
  • Meyediakan Laporan Pematuhan Permohonan Kebenaran Merancang

FUNGSI

  1. Menyediakan/mengawalselia/memantau pelaksanaan atau penyediaan Rancangan Struktur Negeri Pahang, Rancangan Tempatan (Penggantian/Pengubahan) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) / Pelan Tindakan Khas (PTK);
  2. Memberi maklumbalas / ulasan di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rangka Kerja Wilayah Bersepadu (RWB);
  3. Membantu kajian / pelaksanaan MURNInet;
  4. Menyediakan pelan-pelan komprehensif, kajian-kajian khas dan Coffee Table sejarah perancangan bandar Negeri Pahang;
  5. Menyediakan Laporan Pemantauan Pelaksanaan Rancangan Pembangunan Negeri Pahang ( Rancangan Struktur Negeri Pahang, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas);
  6. Membantu / menjalankan proses pewartaan;
  7. Ulasan permohonan/pelaburan dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan; dan
  8. Ulasan permohonan Rumah PR1MA dan Rumah Makmur dari Bahagian Perumahan.
Bahagian Perancangan Korporat dan Lembaga Rayuan
OBJEKTIF
  • Mengurusetia dan menyelaras mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri;
  • Mengurus permohonan rayuan pihak terkilan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Rayuan Negeri;
  • Memantau pelaksanaan dan pemakaian Akta Perancang Bandar Dan Desa, 1976;
  • Mengumpul, menghebah dan menyiarkan maklumat perancangan melalui web buletin, monograf, bengkel, seminar, latihan dan lain-lain siaran; dan
  • Meningkatkan sistem pengurusan kualiti jabatan melalui perkhidmatan perancangan Kualiti (ISO dan Audit Dalam).

FUNGSI
  1. Mengurusetiakan mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan iaitu:

    1. Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri;
    2. Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Bersama Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) dan Ketua Unit One Stop Centre (OSC);
    3. Mesyuarat Pengurusan Jabatan;
    4. Mesyuarat Teknikal Jabatan, Mesyuarat Informations Communications Technologies (ICT) dan Laman Web;
    5. Mesyuarat Rancangan Kerja Tahunan;
    6. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) MS ISO 9001:2015; dan
    7. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTKSAS)

  2. Memastikan Lembaga Rayuan Negeri Pahang berfungsi sepertimana peruntukan di dalam Akta 172 dan Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan 2005;
  3. Mengemaskini garis panduan perancangan dan membuat hebahan kepada semua pihak yang berkepentingan;
  4. Menyelaras maklumbalas bagi semua mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan;
  5. Mengemaskini laman web jabatan dan pelaporan kepada Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC) dan menyelaras keperluan ICT Jabatan;
  6. Menyelaras pelaporan berkaitan Kejiranan Hijau, Key Perfomance Indicators (KPI), Piagam Pelanggan dan sebagainya;
  7. Menganjurkan dan menyediakan program dan penerbitan bagi tujuan mempromosi jabatan melalui seminar, bengkel, kursus, buletin rancang, laporan tahunan dan sebagainya.
  8. Menyelaras/pengemaskinian MyPorfolio berdasarkan keperluan.
Bahagian Pentadbiran
FUNGSI
  1. Menguruskan dan melaksana kerja-kerja pentadbiran am, kewangan, penjawatan dan perkhidmatan.
  2. Menyedia dan menyelaras peruntukan bagi perbelanjaan mengurus/pembangunan tahunan Jabatan.
  3. Mengurus perbelanjaan Jabatan supaya selaras dengan perancangan kerja tahunan dan peraturan kewangan.
  4. Mengurus perolehan Jabatan mengikut tatacara kewangan yang berkuat kuasa.
  5. Mengurus aset alih dan stor Jabatan.
  6. Menyelaras Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK), Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), Jawatankuasa Tatatkelola (JTK) Peringkat Jabatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
  7. Menyelaras kursus dan latihan serta dan keperluan menghadiri kursus sekurang-kurangnya lima (5) hari setahun.
  8. Mengurus dan mengemaskini data pengurusan sumber manusia mengikut modul/sub modul dalam sistem HRMIS.
  9. Mengurus dan menyelaras program Latihan Industri bagi pelajar praktikal.
PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 31 December 2024 • Jumlah Pelawat : 39,129
Kembali ke Atas
039129